Kehidupan awal Paus_Francis

Jorge Mario Bergoglio[2] dilahirkan di Buenos Aires, Argentina. Beliau adalah salah seorang anak-anak Mario Bergoglio, seorang akauntan keretapi Itali, dan Regina Maria Bergoglio (née Sivori), seorang suri rumah.[3][4]

Beliau menerima ijazah sarjana dalam falsafah dan teologi dari Universiti Buenos Aires.[5] Selepas itu, beliau belajar di seminari di Villa Devoto.[6] Beliau masuk ke dalam Persatuan Jesus (Jesuit) pada 11 Mac 1958.